ISTIMEWA UNTUKMU
Semua
tulisan di atas, sangat istimewa dan sengaja ditulis untuk menyemangati
dirimu agar menimbulkan kerinduan dan cinta yang mendalam terhadap Allah
SWT dan Rasulullah SAW. Juga menyuburkan dirimu untuk selalu bersedia
berkunjung ke Baitullah al-Musyorafah yang dinaungi dengan 120 rahmat
dari Allah Azza wa Jalla. Alhamdulillah.
BUATMU YANG MENYENTUH HATI…. walau jauh dari pandangan mata, namun di hatiku sentiasa bertahta. Ku sebut namamu…. namun ada rindu yang lebih dari itu. Hanya A llah yang tahu, betapa rasa ini sangat mendalam tumbuhnya untuk selalu mengingatimu walau di mana diriku berada.
Semoga kongsian di atas dapat menambah ilmu dan pengetahuan kita tentang perkembangan yang berlaku kepada Kota Makkah dan Masjidil Haram yang menjadi sebahagian dari sejarah hidup kita yang mengaku sebagai MUSLIM.
Kita
patut merasa malu dengan diri sendiri, jika tidak tahu tentang sejarah
kampung halaman asal iman kita ini. Bagaimana di atasnya, menunas benih
ketakwaan dengan cinta yang melaut tinggi kepada Allah SWT oleh insan
agung terpilih di kalangan manusia. Inilah bumi yang sangat dicintai
Allah SWT dan baginda Rasul SAW.
Abdullah
bin Adi bin Alhamra’ meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW
bersabda ketika di Makkah, baginda SAW sedang berada di atas untanya di
Hazwarah (nama pasar di Makkah, di halaman rumah Ummu Hani’ yang
kemudian masuk dalam kawasan Masjidil Haram) :
“Demi Allah, sesungguhnya engkau (Makkah) adalah bumi Allah yang paling baik dan tanah yang paling dicintai Allah, andaikan aku tidak diusir darimu, niscaya aku tidak akan meninggalkanmu.”(H.R. Ahmad).
*
MAKKAH MODERN
Untuk
kongsian kali ini, reka bentuk Kota Makkah dan Masjidil Haram semakin
canggih, semakin indah dan memukau mata. Saya berharap akan dapat
mengerjakan haji lagi di masa akan datang. Insya Allah, keinginan untuk
menunaikan umrah dalam waktu terdekat semakin menggamit hati. Mudahan
kesempatan diberi untuk menjadi tetamu Allah SWT dan dapat menunaikan
ibadah dengan lebih istiqamah.
MAKKAH
MODEN merupakan nikmat yang Allah SWT sediakan buat hamba-NYA yang
hidup di akhir zaman. Kini, kita sedang hidup dalam zaman akhir ini.
Tentu perubahan yang berlaku kepada Kota Makkah memberi impak yang besar
bagi memudahkan tetamu Allah SWT untuk mengerjakan segala ibadah di
Tanah Suci baik ibadah haji mahupun ibadah umrah.
Mari
kita saksikan video klip MAKKAH 2020 dan MAKKAH 2050 untuk meninjau
sejauhmana kemodenan ini menambah cinta kita untuk beribadah bagi
mendapat keredhaan Allah SWT berbanding melihat MAKKAH MODEN sebagai
SYURGA DUNIA yang menjadi kebimbangan segelintir besar umat Islam
tentang pemodenan Kota Makkah dan Masjidil Haram yang sedang berlaku
saat ini.

0 komentar:
Posting Komentar
Terimakasih untuk komentar anda :)